JASA SEO CB


Home » » Kenyataan rasmi PAS Pusat mengenai Syiah bersihkan nama Mat Sabu?

Kenyataan rasmi PAS Pusat mengenai Syiah bersihkan nama Mat Sabu?

Yang paling utama sekali tuan badan sendiri pun tak pernah bersungguh-sungguh menafikan yang dia tu syiah. Kalau betul dia bukan syiah dia bukan saja kena nafikan dengan mulut tapi jugak kena nafikan bersungguh-sungguh dengan perbuatan.

Mat Sabu Syiah?
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penertangan PAS Pusat semalam keluarkan satu Kenyataan media rasmi mengenai isu syiah pemimpin PAS.

Secara rasminya dengan Kenyataan Media yang Ust Tuan Ibrahim keluarkan tu menafikan yang ada pemimpin utama PAS termasuk Mat Sabu  menganut ajaran Syiah.
Kat bawah ni aku salin tampal kenyataan rasmi tu.
KENYATAAN MEDIA

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata.

Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya.

PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti. PAS menentang sebarang usaha untuk membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana ia boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan dalam masyarakat yang mendedahkan negara kepada perpecahan di kalangan umat Islam.

Ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.

PAS juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan.

Cubaan jahat untuk mengaitkan pimpinan PAS dengan ajaran Syiah hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini. Tiupan ini semakin dahsyat sehinggakan membaca artikel tertentu yang bercanggah pendapat juga boleh menimbulkan polemik dan menjadi senjata fitnah oleh pihak-pihak tertentu untuk menuduh pihak yang lain pro-Syiah.

Ahli PAS juga diseru tidak termakan dengan fitnah ini dan berjaga-jaga dengan taktik jahat pihak musuh untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli-ahli PAS dengan pelbagai label seperti antara ulamak dan profesional, liberal, kumpulan Erdogan, UG mahupun Syiah. Ingat, semua di bawah payung PAS adalah keluarga ahli PAS yang tidak berbelah-bahagi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Julai 2013
Sumber: Facebook
Cuma masalahnya aku langsung tak yakin dengan kenyataan media macam tu boleh hilangkan persepsi yang Mat Sabu adalah Syiah. Pasainya isu ni dah lama sangat dan cerita khabar angin syiahnya Mat Sabu tu memang cukup hebat, aku sendiri pun dah dengar macam-macam versi macam-macam cerita dari macam-macam sumber.

Yang paling utama sekali tuan badan sendiri pun tak pernah bersungguh-sungguh menafikan yang dia tu syiah. Kalau betul dia bukan syiah dia bukan saja kena nafikan dengan mulut tapi jugak kena nafikan bersungguh-sungguh dengan perbuatan.

Selagi dia tak buat macam tu selagi itulah persepsi nya akan macam tu dan isu syiahnya pemmimpin PAS ni akan terus Umno BN spin yang memang sikit sebanyak boleh melemahkan PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

0 comments:

Post a Comment

Tarikh & jam dan Search

/