JASA SEO CB


Home » » Pengarah JAWI mungkin benarkan peserta muslim sertai semula ratu cantik?

Pengarah JAWI mungkin benarkan peserta muslim sertai semula ratu cantik?

Takkan pulak mStar saja-saja reka laporan tu ataupun mungkin kut Anna Lim, penganjur pertandingan tu yang salah faham, tapi takkan salah faham kut pasainya ada pertemuan rasmi Che Mat tu. Kalau takat sembang telefon atau sekadar sembang sms mungkin la kut logik kalau salah faham pun.


mStar melaporkan:
Empat finalis beragama Islam yang digugurkan daripada menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World mungkin akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim, pada Khamis bagi membincangkan kemungkinan wanita beragama Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik. - mStar
mStar juga melaporkan:
"Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013," kata Lim yang berkomunikasi dalam satu mesej teks.

Tetapi beliau berkata sebelum apa-apa keputusan dibuat, beliau perlu menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusannya.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan," katanya. - Ibid.
Mushkil sungguh aku bila baca laporan mStar ni. Mcam tak logik ja yang Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali tu akan benarkan semula 4 orang wanita Islam tu masuk semula pertandingan ratu cantik tu. Pasainya memang dah muktamat Majlis Fatwa keluarkan fatwa kata haram sertai pertandingan ratu cantik.

Tapi takkan pulak mStar saja-saja reka laporan tu ataupun mungkin kut Anna Lim, penganjur pertandingan tu yang salah faham, tapi takkan salah faham kut pasainya ada pertemuan rasmi Che Mat tu. Kalau takat sembang telefon atau sekadar sembang sms mungkin la kut logik kalau salah faham pun.

Apa pun, Utusan sebelum ni ada melaporkan:
26 Julai - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menentukan tindakan terhadap empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam, selewat-lewatnya minggu hadapan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya masih mengadakan siasatan terperinci dan akan mengadakan perbincangan tentang tindakan yang sesuai diambil terhadap mereka.

"Kami sedang membuat penelitian dari setiap sudut termasuklah permohonan maaf salah seorang finalis sebelum membenarkan pihak pendakwaan dan penguatkuasaan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap empat finalis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, finalis terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Selain itu mereka juga bakal berdepan tindakan mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. - Utusan.

Mushkil aku...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

0 comments:

Post a Comment

Tarikh & jam dan Search

/