PASIR MAS, 23 Julai (Bernama) -- Kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.Artikel penuh >>
Beliau berkata sebanyak 189 kawasan AW itu telah ditubuhkan dengan kekuatan 60,000 anggota di seluruh negara sehingga kini.
"Sekarang terdapat kira-kira 60,000 anggota Askar Wataniah di seluruh negara dan kesemuanya diletak di bawah Rajimen 506 Askar Wataniah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat dan Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Zulkifeli berkata kerajaan merancang setiap kawasan Parlimen mempunyai kompeni Askar Wataniah yang dianggotai oleh belia dan beliawanis pelbagai kaum dalam usaha menarik minat belia menyertai tentera.
Beliau berkata anggota yang cukup terlatih akan ditempatkan di kawasan sasaran penting sebelum mereka diserap sebagai anggota tetap di mana-mana rejimen.
- Bernama.
Ada yang tak prejudis dengan berita pasai Askar Wataniah ni?
Posted by Cenangau
Posted on 6:02 PM
with 1 comment
Bernama melaporkan:
Kompeni Indon dan Bangla masuk rejimen mana pulak?
ReplyDelete