JASA SEO CB


Home » , » Apa masalahnya kalau ada pengundi yg dah mati dalam Daftar Pemilih pun?

Apa masalahnya kalau ada pengundi yg dah mati dalam Daftar Pemilih pun?

TVSelangor melaporkan:
PETALING JAYA 29 JULAI: Masalah pengundi hantu tidak mungkin diselesaikan selagi polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menyelaraskan data antara mereka berhubung kematian pengundi.
 
Ini kerana maklumat tentang kematian seseorang yang dilaporkan kepada polis tidak dipanjangkan kepada JPN, menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad menganggap kelemahan tersebut perlu diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Pengkalan data polis, SPR dan JPN adalah lain. (Perkara) itu perlu cakap dengan KDN untuk menyelaraskan pengkalan data," kata beliau pada forum Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) di sini petang tadi.

Ramai yang hadir mengutarakan isu pendaftaran daftar pemilih yang dicemari dengan pihak yang menggunakan butiran pengundi yang sudah meninggal dunia untuk mengundi.

Beliau menegaskan SPR tidak dapat mengeluarkan nama-nama individu yang mati daripada senarai daftar pemilih SPR tanpa pengesahan daripada JPN. - TVS
Artikel penuh >>

1 comments:

  1. HI my friend, could you exchange link? this is my site http://simphylosophy.blogspot.com/
    I do hope you would not mind to exchange link with mine. However, it is not good like you but I will try to design more..

    Regards,
    Sim

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/