JASA SEO CB


Home » » Bloggers bersatu mampu menggoncang Malaysia?

Bloggers bersatu mampu menggoncang Malaysia?

Matsamankati tulis dalam blog dia MalaysiaTimes:
Berikan aku sepuluh pemuda…akan ku goncangkan dunia.” Presiden Sukarno.
Itu kata-kata hikmat yang diucapkan oleh Sukarno kira-kira 65 tahun dulu. Tapi sekarang sudah berbeza.
 
Berikan aku sepuluh blogger…akan ku goncangkan Malaysia” . Mungkin ini kata-kata hikmat yang mungkin sesuai sekarang ini. Macam mana kalau ada 20…30 atau 50 blogger yang disatukan? Mungkin kita mampu menumbangkan Barisan Nasional.
 
Semua orang adalah pemimpin. Semua orang perlu memimpin. Dan blogger adalah kalangan pemimpin yang mampu menggerakkan rakyat. Tapi ia hanya akan berlaku sekiranya blogger bersatu… dan menggerakkan perubahan.

Aku mungkin mampu memulakan sesuatu…tetapi kita perlukan lebih dari itu. Aku pernah menulis tentang Blogger’s Power. Dan aku tau…kita boleh buat lebih dari apa yang kita buat sekarang. Tak perlu menyorok…tak perlu melakukan secara sembunyi. Kita buat secara terang-terangan.

Awal bulan Jun, aku cuba untuk menganjurkan satu perjumpaan Bloggers. Tetapi oleh kerana kesibukan BERSIH, maka ianya ditunda. Sebagai permulaan, aku cuba membawa Mat Sabu dari Pas dan Haris Ibrahim dari MCLM untuk duduk bersama kita.

Dewan sudah ditempah…tiba-tiba Mat Sabu cedera dilanggar polis. Aku cuba dapatkan Nizar Jamaludin…tetapi Nizar pula dah ada program lain.

Aku terpaksa meneruskan program ini walaupun tanpa pemimpin Pakatan Rakyat. Masa yang terbuang adalah satu pembaziran. Perjumpaan ini adalah satu permulaan. Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perjumpaan, mungkin disetiap negeri.

Dan apa yang diharapkan ialah…kita akan dapat mencipta satu jaringan Bloggers Rakyat tanpa mengira parti atau mazhab politik untuk mengembalikan kuasa rakyat.
Ready?
Kita jumpa hujung minggu ini. - MalaysiaTimes.
Artikel penuh >>

2 comments:

  1. Bertemu, berbincang dan berpakat elok2 baru boleh nak goncang apa pun................

    ReplyDelete
  2. hehehe kalau sume blogger PR bersatu ok le tu cenangau blog kau pun tah kelaut berapa ranking nyee...kajian terbaru 6 dari bloggers top 10 adalah pro BN ...agak agak kalau mereka pulak bersatu camana yek...bangang bangang huhuhuh

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/