KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS menyifatkan pihak-pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam, Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.Artikel penuh >>
“Nabi Muhamad S.A.W. menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.
“Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.
Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan pemblog Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.
Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.
Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.
Selain beliau turut ditahan ialah timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.
Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.
Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.
Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya. - TMI.
Haram sokong BERSIH diketuai si kafir Ambiga?
Posted by Cenangau
Posted on 10:19 PM
with 4 comments
Harakahdaily melaporkan:
mana lebih baik sokong umno yang merintah negara selama 53 tahun lebih tapi menolak hukum islam dari dilaksanakan dalam pemerintahannya atau sokong ambiga yang kafir untok menuntut pilihanraya yang adil supaya umno dapat dijatuhkan,apabila umno sembah bumi bermakna pas akan mengambil aleh tempat umno inilah perkara yang sangat ditakuti oleh umno oleh itu mereka(pehak atasan umno)terpaksa mencipta isu ambiga supaya orang melayu tidak menyokong hipunan aman bersih,
ReplyDeletekalau nak dibandingkan kesalahan ambiga terhadap melayu islam dengan kesalahan yang umno lakukan nisbahnya seperti busut dengan bukit hanya orang yang taksub dengan umno sahaja tak nampak dengan mata kasar atau mata hati(buta hati).
Jika suatu aktiviti yang diketuai oleh bukan Islam dianggap haram mengikut otak pungkoq (tahi) UMNO. Maka haram jugalah bagi orang Islam untuk menjadi pengikut bagi beberapa kementerian-kementerian di Malaysia kerana dipimpin oleh Menteri-Menteri bukan Islam.
ReplyDeleteJika ikut otak pungkoq UMNO haramlah mereka yang beragama Islam menjawat jawatan-jawatan pegawai di portfolio:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kho TSu Koon & Idris Jala),
Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi,
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Sumber Manusia,
Kementerian Pengangkutan, dan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Malah haram jugaklan jika kamu bekerja di premis-premis dan perniagaan-perniagaan yang diterajui oleh orang bukan Islam. Kalau ikut otak pungkoq UMNO memang tak boleh langsunglah... hatta kalau ketua kelas tadika bukan Islam maka haram budak-budak tadika Melayu untuk berada di bawahnya, makna kena ponteng kelaslah jawabnya (Si bapa UMNO hantar anak ke tadika, dia tengok dulu ketua kelas datang ke tak, kalau datang dia bawa balik anak dia - begitulah aktivitinya sehari-hari) - aktiviti yang amat disukai oleh ahli-ahli UMNO masa belajar dulu, sebab tu bodoh.
Bodoh punya UMNO, bodoh lagi orang yang mempertahankannya.
Ada ke Fatwa macam tu keluar semua haram lu ni pon klu nak tuduh bagi fakta sikit le......yang bagi fatwa gila babi tu diaa macam Aji Adi masa di Memali dulu kesudahan Mat Libya mati terkangkang.....siapa mau tanggung semua itu..tabung memali pun kna kebas...harta anak yatim pun ken sedut....akai ada ka??
ReplyDeleteDulu fatwa lain...sekarang fatwa lain pulak... fatwa ni bermusim bro... ikut sodap orang yg beri fatwalah! Apapun kita berpeganglah kpd tali Allah dan janganlah berpecah belah sehingga jadi lemah dan kaum Alkafiruun ambil kesempatan... .....btw itu tempat hiburan dah buleh bukak semula ka? Minggu lepas... dengor cerite haram !!!!
ReplyDelete