JASA SEO CB


Home » , » Harap jawatankuasa BERSIH tolong sambut permintaan Suhakam ni.

Harap jawatankuasa BERSIH tolong sambut permintaan Suhakam ni.

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung dakwaan, antaranya, penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak berkuasa sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai.

Ia ekoran keputusan suruhanjaya itu untuk mengadakan Siasatan Awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan tersebut.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh naib pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Tarikh akhir untuk mereka berbuat demikian ialah 2 Ogos 2011. Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman di Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail - Tel: 03 2612 5669 /5623; Faks: 03 2612 5620 / 5694 dan Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my - Mkini.  
Artikel penuh >>

2 comments:

  1. seluruh rakyat malaysia yang dizalimi setuju dengan pendapat hang. memang betui... dengan ini menyebabkan orang takut berurusan dengan mereka. lepas ni kalau apa-apa berlaku nak lapor pada siapa? aku ingat kita pergi pejabat pos buat laporan, atau kat pasar malam, jumpa AJK pasar malam dalam soal apa-apa je...atau mengadu kat mamak nasi kandar.

    ReplyDelete
  2. inilah masa terbaik PAS untuk manipulasikan tentang kebenaran...kalau tak percaya tanyalah Mad Sabu atau Mahfuz pasal depa pakar dalam hal yang sebegini!

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/