JASA SEO CB


Home » , » Lanjutan isu tutup premis hiburan di Kedah sebulan Ramadhan - flip flop?

Lanjutan isu tutup premis hiburan di Kedah sebulan Ramadhan - flip flop?

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan PAS Kedah dilaporkan sudah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan, demikian laporan agensi berita AFP memetik seorang pegawai negeri, hari ini.
 
Kerajaan Kedah membuat keputusan larangan itu Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.
Pegawai negeri itu berkata, kontroversi berkenaan selesai selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu wakil pusat hiburan, semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

"Hiburan pada bulan Ramadan hanya untuk bukan Islam," katanya kepada AFP.

Sementara itu, portal berita Malaysian Insider melaporkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Presiden PAS itu berkata, kekeliruan berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Hadi berkata, undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat. - Bharian
Artikel penuh >>

10 comments:

  1. Nilah masalah org kita bila dapat kuasa. Ni negeri PAS. Kami berhak buat apa2 pun. Habis tu apa guna PR tiap2 negeri? Bincanglah elok2. Bagi tempoh 6 bulan ka.. Beri penerangan sepenuhnya.
    Isu bersih imej pas mewangi. Isu larangan pusat hiburan kat Kedah?
    Ada org kata apa pentingnya imej? Janji pueh hati...

    ReplyDelete
  2. dah 3 tahun perintah Kedah...ingat lagi dulu pasai rumah babi kat Aloq Staq la ni pasai rumah hiburan pulak...kena sergah sikit dengan DAP dan sekutunya habih semua kecut teloq lepas tu nak salahkan UMNO....partai PAS apa ni..!
    kalau hampa kata UMNO tu jahil, hampa tunjukan laa yang PAS itu lebih baik dari UMNO...ini tidak, ada masaalah je cari jalan untuk menyalahkan orang lain...kondem itu..komdem ini..penyeselesaian tak buat pun.
    sama juga hal ini kat ceramah dan tazkirah...!
    Kembalilah PAS pada perjuangan sebuah negara Islam. penyokong-pengundi PAS mengharapkan yang ini bukannya bersekongkol dengan DAP dan sekutunya yang anti-Islam.

    ReplyDelete
  3. pemimpin pas ramai yang tak faham keperluan mengelakkan diri dari jatuh ke dalam lubang. malah dilihat sungguh seronok untuk jatuh ke dalam lubang. kaki terseliuh akibat jatuh lubang cuba ditutupkan. masa inilah kelemahan serta ketidakcekapan terlondeh.

    mengurus persepsi seolah2 tidak ada dalam kamus mereka. malah ada yang tak faham apa persepsi. pemikir2 disekeliling mereka seolah2 tidak berfungsi. cayalah, polemik2 sebegini akan terus berlaku. mereka masih mahu amalkan kaedah 60an 70an. ajak rakyat berubah, diri mereka sendiri sukar untuk berubah.

    macam nak buka semula pintu ug (persepsi).... perrrrgh

    ReplyDelete
  4. kah kah dah cakap dah dah tahu ssgt dah kebanganban yang melampau ahlul PAS negei paling banyak Melayu pun tunduk pada DAP dan Anwar kah kah kah apa yang tinggal telo bagi hanjing lagi bagus macamni nak pertahankan isu murtad hhuhuhuhuhuh....Jom Kg Baru kita bersihkan disana sana ..........kah kah kah...syahod ke???huhuhuhuh

    ReplyDelete
  5. Baka baka Anwar akan ambil alih peranan Nurul akan menjejaki langkah bapak yahudi malaysia....Tahniah Dr M satu satunya anugerah tuhan pada Rakyat Malaysia termasuk ahlul bangang pas yang berjaya di pluralisme oleh Anwar yang langsung tak berterima kasih pada Dr M memecat Anwar....Tahniah semoga dirahmati Allah SWT....isu yang ni pun dah kecut telo apa lagi yang ada......

    ReplyDelete
  6. Tolong la sapa-sapa yang rajin jawab puak-puak bangang ni. Malas la aku nak layan puak-puak pencacai pandy kutty ni... kesian pulak aku tengok cara depa komen.

    ReplyDelete
  7. tu le bodoh punye cenangau maksud terisrat pun tak tau kalau Dr M buat keputusan paling berat utk pecat Anwar dulu dia buat gakkk tapi PAS baru nak tutup operasi bulan pose bun tak boleh buat....bodoh le kau cenangau...apa lagi yang PAS ada bodohhhhh

    ReplyDelete
  8. Walaupun nampak zalim namun ini je cara terbaik. Komen mak enon tidak akan dilayan. Lebih baik jika tidak disiarkan.
    Kekadang x perlu layan rentak depa nih

    ReplyDelete
  9. salam. pasai apa laa hang ni dok gelaq pada depa yang kritik PAS dengan gelaran `bangang ataupun pencacai pandy kutty...'takkan laa PAS ajaq bahasa-bahasa macamni kot...lain laa kalau Mad Sabu, Mahfoz dan yang lain-lain lagi depa memang suka mencarut, kutuk orang dll! tapi kalau dah jadi budaya PAS nak buat macamana...!
    tapi bagi saya PAS akan lebih dihormati kalau ianya lebih baik dari kelaku UMNO..!
    Buktikan PAS lebih baik dari UMNO bukan sekedaq retorik saja...juga tunjukkan juga PAS bukannya kuda tunggangan DAP dan sekutunya.

    jom pi Batu 5 kita pekena laksa!

    ReplyDelete
  10. canangot kpmen depa tu mcm kasar le sikit tapi ade point baeeeek punyeee

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/