Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.Artikel penuh >>
"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.
"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”
Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil”. - Mkini.
Cuma ada sekitar 1,240 kesilapan, boleh percaya ka?
Posted by Cenangau
Posted on 9:00 PM
with 5 comments
Malaysiakini melaporkan:
adakah anda masih masuk ke dalam golongan yang mempercayai kata-kata dari spr?. Jika masih begitu, hentikan segera kerana SALAH SATU YANG MEROSAKKAN KESIHATAN ANDA IALAH BILA ANDA MASIH PERCAYA APA YANG DIKATAKAN OLEH SPR.
ReplyDeleteDalam tu...
ReplyDeletesaya pening:
ReplyDelete1% Dari 12.3juta adalah 123 000
0.1% dari 12.3 juta adalah 12 300
0.01% dari 12.3 juta adalah 1230
0.001% dari 12.3 juta adalah 123
0.0001% dari 12.3 juta adalah 12.3
Cuba check balik kenyataan mana satu yang betul?
Laa... macamana la aku boleh silap kira ni?
ReplyDeletekenapa si badot spr tu tak kata 0.000000000001% jerrr....
ReplyDeletewoittt..ini manusia lahhh...kira lah betul betul...mana boleh pakai peratus peratus niiiii....
kah kah kah kah kah kah kah ...