KUALA LUMUR, 2 Ogos — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menafikan pihaknya pernah mengendalikan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.Artikel penuh >>
“Anda kena tanya dari mana mereka dapat laporan itu, sumber-sumber dan oleh kerana kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok ... ini bukan daripada sumber-sumber Umno, saya boleh memberitahu anda dengan segera bahawa ini bukan daripada ... kami tidak mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok,” kata beliau kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Menurut laporan Astro Awani hari ini, Zambry (gambar) berkata laporan yang dibawa oleh The Malaysian Insider semalam hanya satu andaian.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, Barisan Nasional (BN) Perak sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan sedang melakukan pelbagai usaha progresif untuk memastikan perikatan itu menguasai negeri.
Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 27 Meri lalu memutuskan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok mengikut bahagian parti pada bulan Julai. - TMI.
Home »
Belasah Perak
» Keputusan pilihanraya olok-olok hanya andaian
Keputusan pilihanraya olok-olok hanya andaian
Posted by Cenangau
Posted on 3:00 PM
with 1 comment
MalaysianInsider melaporkan:
PPB tak buat semakan rambang pada dpi 2010 dan rdpt1 dan 2? Aku check kat NT pun berlambak data2 meragukan. Dedahkanlah dalam blog hang.
ReplyDeleteHantu SPR. Mendedahkan penyelewengan data pengundi. Silalah lawat. http://hantumengundi.blogspot.com/. Hendak sumbang maklumat2 juga dialu-alukan. emel ke insan_fakir04@yahoo.com