KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan berkata pihaknya tidak bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 buat masa sekarang, sebaliknya mahu menanti respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan yang telah pun diketengahkan.Artikel penuh >>
Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan, pihaknya mengambil pendirian “tunggu dan lihat” perkembangan terbaru yang akan diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan.
Bersih 2.0 telah mengajurkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, yang disertai ribuan rakyat.
Jelas Ambiga (gambar), pihaknya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan yang disifatkan beliau boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan.
“Kita ambil pendirian tunggu dan lihat yang mana kita mahu SPR dan kerajaan mengambil tindakan yang serius dan melaksanakan lapan tuntutan kita.
“Kita tahu ada desakan yang mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan tapi kita tidak pernah membincangkan perkara itu setakat ini... tiada perbincangan dan keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Walaupun diasak soalan sama berulang kali namun Ambiga tetap mempertahankan pendirian gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Seperti yang saya katakan kita mahu lihat reaksi SPR dan kerajaan terhadap lapan tuntutan kita.
“Sepatutnya semua tuntutan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terutamanya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, rasuah dan akses media,” katanya. - TMI.
Macamana Ambiga masih boleh husnuz dzan dengan Putrajaya?
Posted by Cenangau
Posted on 9:10 PM
with 1 comment
MalaysianInsider melaporkan:
Salam, aku tak faham...sapa lantik Ambiga untuk gerakkan Bersih 3? Peranan Ambiga dah selesai masa Bersih 2, macam la dulu orang lain yang terajui Bersih 1..so bersih 3 bolehteruskan dengan agendanya..dengan diterajui orang lain pulak...ana? dapat join pun jadila...
ReplyDelete