JASA SEO CB


Home » » Masalah sangat ka nak lancarkan himpunan BERS✔H 3.0?

Masalah sangat ka nak lancarkan himpunan BERS✔H 3.0?

Malaysiakini melaporkan:
Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.
 
Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.

"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.

"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini. - Mkini.
Artikel penuh >>

1 comments:

  1. pasai apa PAS bersungguh-sungguh sangat tentang perhimpunan BERSIH 3.0.
    apakah ini saja perjuangan PAS selain undi dan pilihanraya?
    DAP & PKR tak kisah pun...!pasai depa tau, yang sanggup jadi hamba suruhan hanyalah pengikut PAS.

    kembalilah pada perjuangan asal PAS!

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/