JASA SEO CB


Home » » Mat Sabu patutnya tak payah tunggu inkuiri Suhakam

Mat Sabu patutnya tak payah tunggu inkuiri Suhakam

MalaysianInsider melaporkan:
“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.
 
“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita memang tidak boleh siasat kalau dah bawa ke mahkamah, kalau nak kami siasat beliau (Mohamad) tangguhkan dulu.

“Selepas siap inkuiri awam, beliau boleh saman... kalau beliau saman sekarang kita tidak boleh panggil beliau memberikan keterangan,” katanya.

Bagaimanapun tambah Mohamad Sha’ani, pihaknya tidak menghalang sekiranya Mohamad mahu berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada beliau, kita tiada masalah,” katanya.

Sementara itu Mohamed Hanipa pula berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita akan tunggu, lagi pun kita bukan nak cepat. Mat Sabu juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya. - TMI.
Artikel penuh >>

0 comments:

Post a Comment

Tarikh & jam dan Search

/