JASA SEO CB


Home » , , » Najib dengan SPR sama saja, pekak badak

Najib dengan SPR sama saja, pekak badak

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu. - Hrkh.
Artikel penuh >>

2 comments:

  1. Tapi badak tak ganggu hak orang lain, tak rogol dan bunuh anak orang, tak berzina dgn anak orang, tak tipu duit rakyat, tak buat penyelewngan kuasa, tak tipu sesama bangsa badak... tapi makhluk yg ini semua dibuatnya... kepas tu buat tak tau, buat selamba, buat boddoh (memang bongok), buat pekak. Yang kena Badak... Tapi badak mati masuk syurga Allah... Jadi yg mulia itu badak..

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula anak badak yg beli cincin RM24 juta?

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/