Ogos : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan.Artikel penuh >>
Sehubungan itu, PAS Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.
Menurut Setiausaha Jawatankusa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.
"Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan diagih-agihkan kepada 40 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya
Rombongan PAS Kawasan bersama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa bersama isteri, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. - PASPB.
Ni bukan duit kami, kami tolong sampaikan saja...
Posted by Cenangau
Posted on 8:30 AM
with No comments
Laman PAS Parit Buntar melaporkan:
0 comments:
Post a Comment