PUTRAJAYA, 12 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.Artikel penuh >>
Sebaliknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.
Justeru jelas, Abdul Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.
“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna. - TMI.
Home »
Belasah SPR
» Orang dah lama bagitau tapi SPR ni ketegaq!!!
Orang dah lama bagitau tapi SPR ni ketegaq!!!
Posted by Cenangau
Posted on 10:00 PM
with No comments
MalaysianInsider melaporkan:
0 comments:
Post a Comment