JASA SEO CB


Home » , » Pemuda PAS desak Agong rombak anggota SPR

Pemuda PAS desak Agong rombak anggota SPR

MalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.
 
Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.

“Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan “berhakimkan” pengurusan SPR sedia ada. - TMI.
Artikel penuh >>

0 comments:

Post a Comment

Tarikh & jam dan Search

/