KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Selepas seminggu tiada sebarang jawapan daripada pentadbiran Najib agar dipanggil sidang khas Parlimen, Pakatan Rakyat terus memberi tekanan dengan mendesak Putrajaya mengadakan inkuiri awam berhubung isu pilihan raya.Artikel penuh >>
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa esok selepas Perdana Menteri gagal memanggil satu sidang tergempar Parlimen.
“Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar Parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.
“Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam,” katanya pada sidang media di sini. - TMI.
Lagi amaran keras Salahuddin pada Najib?
Posted by Cenangau
Posted on 4:00 PM
with 1 comment
MalaysianInsider melaporkan:
Kome tak faham, hamba lagilah tak faham-faham..
ReplyDelete