JASA SEO CB


Home » , » Sabah dan Sarawak confirm tak raya lewat dari Semenanjung

Sabah dan Sarawak confirm tak raya lewat dari Semenanjung

Malaysiakini melaporkan:  
Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal atau anak bulan.
 
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata perkara itu juga bergantung kepada pihak berkuasa agama di negara terbabit sama ada menggunakan kaedah rukyah (cerapan) atau hisab sahaja, atau kedua-duanya.
   
Negara Brunei misalnya menentukan awal Syawal berpandukan rukyah semata-mata, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
 
Sehubungan itu kata beliau, tidak timbul isu Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal bersama dengan negeri di Semenanjung.

"Penetapan bermulanya Syawal juga tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia," katanya.

Othman yang juga pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam berkata di negara ini, penentuan Syawal adalah melalui cawangan Falak dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukya (kebolehnampakan). - Mkini.
Artikel penuh >>

1 comments:

  1. Silalah mulakan mengaji bab rukyah dan hisab...
    Lagi cepat lagi bagus..

    ReplyDelete

Tarikh & jam dan Search

/