JASA SEO CB


Home » » Lagi petunjuk petisyen takkan jatuhkan Umno BN termasuk di Perak

Lagi petunjuk petisyen takkan jatuhkan Umno BN termasuk di Perak

Walaupun ada pengundi hantu dan memang dapat dibuktikan tapi kalau takat cuma beberapa kes takkan hakin nak terima petisyen tu kalau boleh menjejaskan undi majoriti.


TheMalaysianInsider melaporkan:
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Terengganu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Pasu dan Rantau Abang kekal apabila Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas mereka, hari ini.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini. - TMI.     








Mungkin ada pemimpin dan penyokong PAS di Perak yang seronok dengan keputusan ni, menaruh harapan yang hakim puntuk petisyen di Perak pun akan buat keputusan menyebelahi pempetisyen PAS.

Kalau ada yang mula nak berangan-angan Pakatan Rakyat bakal rampas Perak melalui mahkamah pilihanraya macam tu, aku harap hangpa padam la angan-angan tu takut jadi macam Mat Jenin.

Pasainya aku yakin sangat, yang pertama sekali hakim yang bakal kendalikan petisyen di Perak takkan berani buat keputusan yang akan tunbangkan Umno Perak. Maksud aku, tentu punya 'depa' akan pilih hakim yang takkan berani buat macam tu.

Yang kedua, kalau ditengok alasan kedua-dua petisyen di Terengganu tu menggambarkan sesuatu yang sangat jelas.


TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Antara punca penolakan mahkamah untuk kes DUN Rantau Abang ialah Ketua Tempat Mengundi (KTM) SPR mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoal untuk menolak kertas undi yang dicemarkan oleh dakwat kekal.

Dalam petisyennya, calon BN Rantau Abang mempertikai tindakan KTM menolak kertas undi yang tercemar akibat terkena dakwat kekal. - Idib.
Kalau KTM pun ada kuasa penuh takkan Pengurus Pilihanraya di peringkat Parlimen takdak kuasa penuh dan boleh dipersoalkan pulak.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Bagi kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan KTM menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk DUN itu. - Ibid.
Walaupun ada pengundi hantu dan memang dapat dibuktikan tapi kalau takat cuma beberapa kes takkan hakin nak terima petisyen tu kalau boleh menjejaskan undi majoriti.

Jadinya mungkin dah relevan untuk fikirkan mana punca nak dapat untuk bayar kos bila kalah nanti yang bukan setakat RM30,000 macam sebelum ni.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Hakim turut memutuskan supaya pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000. - Ibid.
Akhirnya peguam Umno yang mewakili calon Umno dan SPR jugak yang untung.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

0 comments:

Post a Comment

Tarikh & jam dan Search

/